"Kepentingan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) Kepada Setiausaha Alaf 21"
Pengenalan
Kemahiran
insaniah ialah sifat dan ciri keperibadian yang tidak dapat diukur, tetapi sama
pentingnya di tempat kerja dan tempat lain. Kemahiran ini dilihat daripada
tingkah laku, sikap dan nilai-nilai moral. Selain itu, kemahiran insaniah
membantu membangunkan hubungan manusia dan mewujudkan rasa budaya dan
bermasyarakat di tempat kerja. Oleh itu, sudah tentulah kemahiran insaniah
mempunyai impak yang positif pada kerja yang anda hasilkan, terutamanya apabila
bekerja secara usaha sama. Di samping itu, kemahiran insaniah bukan sekadar
kemahiran perorangan dan sikap yang positif tetapi saling berkaitan antara satu
sama lain dan berkongsi banyak prinsip dan penggunaan yang sama.
Menurut Kearns (2001), kemahiran
insaniah pada seseorang individu boleh dikelaskan kepada empat kumpulan iaitu
kesediaan bekerja dan sifat bekerja individu, pengetahuan dalam keusahawanan,
kreatif dan inovatif, mempunyai kemahiran interpersonal dan berfikir, serta ada
kemahuan untuk belajar. Bagi kemahiran insaniah dalam kelompok yang pertama,
kesediaan bekerja dan sifat bekerja, ia bermaksud selain daripada pengetahuan
asas pada seseorang individu dalam bidang tertentu dan mahir dalam penggunaan
teknologi, amalan dalam bekerja, mempunyai minat dalam perniagaan dan boleh
mengurus diri dan merancang dalam organisasi juga merupakan perkara yang
penting.
Elemen Kemahiran Insaniah Yang Diperukan Oleh Seorang Setiausaha
1) Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran komunikasi merujuk kepada Nusabaum (2007), adalah suatu kebolehan untuk mewujudkan interaksi atau hubungan melalui medium perantara atau sebaliknya dengan orang lain yang merangkumi kemahiran menulis, membaca, berhujah, mendengar, etika dalam berkomunikasi dan mempunyai kaitan dengan penggunaan teknologi. Sekolah berperanan sebagai institusi sosial yang sangat menekankan komunikasi berkesan di dalam kelas untuk mewujudkan perkembangan sosial sejagat (Nurul Salmi dan Mohd Isha, 2014). Elemen-elemen yang dinilai adalah berkebolehan untuk menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, berkebolehan untuk mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas, berkebolehan untuk membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar; berkebolehan untuk menggunakan teknologi di dalam pembentangan dan berkebolehan untuk berunding dan mencapai persetujuan.
2) Kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran kritis
Kemahiran menyelesaikan masalah yang digandingkan dengan
kefleksibelan dan kreativiti, ialah kebolehan untuk membongkar masalah dan
mengambil tindakan logik dengan segera untuk menyelesaikannya. Dengan
mengetahui pasukan anda bersedia dan dapat menyusun strategi penyelesaian yang
produktif dan rasional bagi masalah yang tidak dijangka, maka ini akan meningkatkan
dan mengilhamkan keyakinan di tempat kerja dan membantu anda menangani halangan
tanpa berasa tertekan atau terbeban. Kebolehan untuk melihat sesuatu isu dengan
mendalam dan menganalisis serta menilai nuansa isu dengan pendekatan yang logik
dan sistematik akan memastikan anda sentiasa mendapat penyelesaian paling
kukuh. Pemikiran kritis bermakna membongkar setiap sudut isu sepenuhnya dan
mengelakkan membuat keputusan yang berdasarkan naluri atau gerak hati.
3) Kemahiran kerja berpasukan
Levin (2005) menyatakan bahawa kemahiran bekerja dalam kumpulan terbahagi kepada dua aspek iaitu intelektual dan emosional. Kemahiran intelektual merujuk kepada berfikir berdasarkan emosi. Kemahiran ini melibatkan pemerhatian, penyiasatan, teori dalam menganalisis tugasan dan merumuskan sesuatu. Kemahiran emosional pula berkaitan dengan berurusan dengan emosi sendiri dan membina hubungan dengan orang lain. Ia meliputi berunding dengan orang lain, menyelesaikan perbezaan pendapat, mempertahankan diri sendiri dan juga mengawal emosi apabila berdepan dengan krisis. Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosio budaya untuk mencapai matlamat yang sama. Elemen-elemen yang dinilai oleh KPT adalah berkebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama; berkebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti di antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan; berkebolehan untuk mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan 24 orang lain; berkebolehan untuk memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan; dan bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.
4) Kemahiran pengurusan dan penyusunan masa
Sangat penting untuk anda mengetahui anda boleh
mempercayai pasukan anda untuk menyiapkan kerja dengan segera, tanpa
menjejaskan kualiti kerja. Pengurusan masa melebihi daripada sekadar muncul
tepat pada waktunya dan menghantar kerja apabila diminta. Ini adalah tentang
mengetahui cara untuk mengutamakan, cara untuk menjadualkan serta cara untuk
memanfaatkan sebahagian besar masa yang anda ada. Pengurusan masa bukan sekadar
meningkatkan produktiviti dan keberkesanan, ini juga memberikan impak positif
pada kualiti kerja yang anda hasilkan.Selerakan tidak bagus untuk mana-mana
persekitaran bekerja, sama ada di pejabat, secara digital atau dalam fikiran
anda. Menjadi teratur bermakna mengetahui cara untuk menguruskan bukan sahaja
ruang anda bekerja dengan cekap, tetapi juga masa dan beban kerja anda.
Seseorang yang benar-benar teratur akan dapat mencipta dan mematuhi sistem
serta struktur yang membantu keberkesanan serta tidak akan membiarkan diri
mereka berasa terbeban atau proses mereka menjadi kacau-bilau.
Cadangan Untuk Memastikan Graduan Di Bekalkan Dengan Kemahiran Insaniah
Kemahiran kemahiran
insaniah perlu diberi penekanan
dalam menghasilkan graduan yang
bakal mewarnai modal
insan dalam rangka memenuhi
keperluan negara. Oleh itu,
pelajar sedang mengikuti pengajian
perlu dipupuk, disemai
dan disuburkan kemahiran insaniah
dalam kalangan mereka. Penilaian dan ganjaran juga perlu
diberikan kepada mereka
yang menguasai elemen-elemen kemahiran
kemahiran insaniah. Pendedahan
duduk bersama warga emas
yang kaya dengan pengalaman hidup, membantu golongan
pesakit dan warga emas yang kurang sihat di samping membuat kerja
amal di Zoo
Negara sangat penting dalam
memberikan pendedahan kepada pelajar
tentang gaya baharu
dalam kaedah Pembelajaran dan
Pengajaran khususnya melalui
kaedah ini.
Selain
itu, cadangan bagi menerapkan dan meningkatkan kemahiran insaniah adalah
aktiviti kokurikulum. Kokurikulum membantu memupuk kepentingan sahsiah dalam
kalangan pelajar. Kegiatan kokurikulum yang dilakukan dalam persatuan yang
diwujudkan di institusi membuka mata dan
memberi peluang kepada pelajar untuk mengukuh, menambah dan mengamalkan
kemahiran-kemahiran selain daripada teori. Kegiatan kokurikulum ini melibatkan
aktiviti yang menggunakan kemahiran komunikasi, kepimpinan, kemahiran
menyelesaian masalah dan penampilan profesionalisme seperti disiplin diri dan
tingkah laku.
Akhir
sekali, disiplin juga memainkan peranan dalam pemantapan kemahiran insaniah.
Disiplin diwujudkan sebagai satu latihan pemikiran kepada pelajar agar dapat
mengawal diri sendiri dan mempunyai tatatertib. Disiplin adalah satu peraturan
yang ditetapkan untuk melatih seseorang bertingkah laku dengan baik. Pihak
institusi haruslah tidak mengambil remeh kesan disiplin terhadap seseorang
pelajar. Kemahiran insaniah seperti etika profesional dapat diterapkan melalui
pendisiplinan. Disiplin membantu pelajar mengamalkan nilai-nilai murni dan
melahirkan keterampilan diri yang tinggi.
Rujukan
Mohd Zamri Ibrahim.(2013, Jun 12). Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam
Kalangan Pelajar Tahun Akhir Di Kolej Antarabangsa Ikip. Core.
https://core.ac.uk/download/pdf/42953967.pdf
Najwa.(n.d.). Bab 6 - Kemahiran Insaniah.Scribd.
https://www.scribd.com/presentation/326334723/Bab-6-Kemahiran-Insaniah#
Irwan Fariza Sidik, & Mohd Mahzan Awang.(2020, November 12).
Keterlibatan Pelajar dan
Hubungannya dengan Kemahiran Insaniah.Journal Article,3-4. http://journalarticle.ukm.my/15255/1/38461-126982-1-PB.pdf
Haslina Md Yunus, & Abdul Razaq Ahmad.(2015, November 5). Kemahiran Insaniah Ke
Arah Pembentukan
Potensi Pelajar.
Proceeding.file:///C:/Users/user/Downloads/3041-6038-1-SM.pdf
Dropbox.(2022, Mei).Apakah Kemahiran
Insaniah Di Tempat Kerja ?.
https://experience.dropbox.com/ms-my/resources/what-are-soft-skills
Nur Atiqah Abdullah.(2015, Januari 17).”Experiential
Learning” Dan “Service Learning”: ke
Tiada ulasan:
Catat Ulasan